Friday, August 13, 2010

3 huruf ruang 10 huruf.

aku sgt suke
suasana mlm
yg diterangi
lampu2 yg sungguh
cantik dan warna-warni.
mane lagi, tentulah
i-city. aku bukan ke sana pon.
cuma aku park kete tadik
depan building i-city.

aku menekan pedal minyak
tak hengat punye kuat tadik.
bukan mahu berlagak suda pro.
ohh. sungguh bukan.
aku masih penakut sebagai
pemandu kereta.
aku cuma takut berada diatas jalan tar
pada waktu tengah malam.
kerana roundabout pon seolah-olah
suda jadi milik aku, memang sungguh lengang sekali.
aku bergegas balik dgn cepat kerana
tak mahu org tua aku risau.
aku kua atas urusan kerja.
jika tidak, memang tidak ada makna
aku mahu berseorangan membawa
D4D6 malam2 buta.

dikala aku menaip ini,
aku mendengar lagu nyanyian
artis kegemaran rakyat mesia, dato ct kite.
tibe2 seperti mahu dgr. jadik aku donlod jela.
lagu drama wadi unung. Melawan kesepian.
aku mencari idea untuk mereka soalan esei
exam anak muridku. tapi ntah ke mane idea pergi.
esok pagi2 aku da kene mengadap
koordinator aku nk tnjuk soalan.
ohh. apalah nasib aku nanti. harap soalan2 yang aku
gubal ini lulus kesemuanya. huhu.
tibe2. terasa lama pulak aku tidak taip huhu. hehe. hee. dan yang sewaktu dgnnya.
tak. aku tak lupe semua tuh. akan aku tulis kembali
seperti biase. akan aku membebel juga seperti biasa pade cik som pada semua.
cuma entah kenapa. mungkin bbrp hari lagik,
aku akan tetap menulis seperti ini.
mungkin mood menaip suda bertukar angin seketika.

aku suda siap satu soalan. lagik dua masih dalam proses. apa yer mahu ditanyakan.
aku tahu tidak patut aku keluarkan soalan satu aku yang da siap itu.
tapi aku mahu juga. ini merupakan kali pertama aku diberi peluang
menggubal soalan peperiksaan akhir. kali pertama. diulang sekali lagi. kali pertama.
boleh masuk lah dalam sejarah hidup aku. tibe2 aku macam terlebih gembira pulak.
mane tidaknye selalunya tanggungjwab aku cume bace soalan dan jawab semasa aku menjadi
pelajar. maka oleh kerana ini kali pertama aku mahu ia menjadi pengalaman yg bermakna.
mcmane aku mahu buat soalan yg ada makna.
aku pon tak tahu. byk idea yang dtg yg bisik pada telinga kanan, telinga kiri aku.
aku pon seakan pening sudah. yang pastinya, soalan yg aku buat akan bermakna.
sungguh bermakna. kerana,
kerana akan terselit sesuatu yang mampu memberi aku senyuman.
perlu ke aku selitkan dalam kertas peperiksaan?
jawapannya ya. kerana ini kali pertama. dan aku mahu ia sgt bermakna padaku.

aku mahu kembali menyelak halaman dalam buku teks di sebelah aku ini.
mencari topik2 yang sesuai utk dijadikan soalan.
ape2 pon. soalan tetap menjadi rahsia. sulit.
oklah. aku mahu pergi menelan dadah.
dah berpapan dadah aku telan. itu yang pil. yang botol pula
da nak abis satu botol, tak jugak penyakit aku
yang da batuk hari2 depan anak murid aku mcm nenek tua
tak juga hilang2. apelah nasib.
tak apelah, asal mereka sanggup dengar aku berkata-kata pon
aku dah rasa cukup dihormati. dan yer, yang paling penting.
senyuman mereka. setiap seorang drpd mereka membuat aku
rasa lebih dihargai. sungguh tak tipu. jika tidak masa kan
aku mahu ulang pernyataan ini berulang kali.



mlm yg sunyi,

aku berjaga.

0 comments: