Saturday, August 14, 2010

jalan tanpa henti.

enam. satu. satu.

ini adalah entri aku yang ke enam ratus sebelas.
tidak aku pernah sangka akan cecah sebanyak ini.
begitu banyak cerita aku kongsikan disini.
dan aku sedar hingga kini blog shadows of mine
tidak mempunyai peminat seramai blog2 lain
yang terhangat di pasaran.
memanglah, aku tidak ada cerita apa yang
menarik untuk dikongsikan.
bukan aku tak nak mengenengahkan isu2 menarik
di sini. cuma bagi aku, aku lebih selesa
menaip perkara-perkara yang terlintas difikiran aku.
dgn erti kata lain, setiap perkataan yang aku keluarkan
dapat mengurangkan kesunyian aku yg hidup dlm negara bayang2 ini.

aku sesat petang tadi.
tersalah masuk simpang lalu aku berdepan
dgn sebuah lampu trafik yg rosak.
mmg dugaan kerana walaupun di bulan yg mulia ini
orang2 yang berpuasa bukannya ada kesedaran sivik utk
bersabar dan bertolak ansur.
dah memang rosak lampu merah kuning hijau di depan,
salahkah kita bertolak ansur? semua orang ada destinasi
masing2. fikirkanlah.

aku tidak sabar esok.
sungguh.
selain berbuka puasa beramai-ramai,
aku mempunyai sebab lain tuk gembira.
akan aku nantikan kehadiran esok.

aku risau.
tipulah kalau aku berkata tidak.
aku hanya mampu berdoa.
aku harap segalanya
akan pulih.
dan aku mahu berterima kasih
dengan tiga kata yg akhir itu ",







jalan tanpa henti,

aku yang terharu.

0 comments: